Dari : Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.###
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".#
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah [dalam hatimu]:
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"#
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah [dalam hatimu]:
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."#
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah [dalam hatimu]:
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."#
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah [dalam hatimu]:
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh [tidak tahu], sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."#
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah [dalam hatimu]:
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.#
[[Rasulullah bersabda : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"]]
###[HR. Muttafaqun alaihi]###[sumber: speedytaqwa]###[hsab]
No comments:
Post a Comment